Kuih Bakar

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Cepat dan mudah, guna sukatan cawan.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (atau air + esen pandan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (atau 1 tin santan - 450ml)
  • 2 sudu mentega
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna hijau
  • Bijan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan semua bahan. Kisar sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu minyak dalam loyang.
  3. Panaskan loyang dalam oven. Bila minyak sudah panas, masukkan adunan kuih, taburkan bijan. Bakar pada suhu 180C sampai keperangan atau garing.

Leave a comment