Mini Pizza

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Pizza mini.. senang nak buat dan senang nak pegang


Bahan-bahan diperlukan:

  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3.5g garam
  • 16g lemak sayuran (shortening)
  • 3g yis kering
  • 6g susu tepung
  • Topping:
  • - keju pizza
  • - tomato mini
  • - sosej
  • - asparagus
  • - sos tomato / sos pizza
  • - telur untuk sapu pada roti

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
  2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar di sebelah. Buat sehingga habis. Biarkan naik 2 kali ganda.
    Open uri20151010 29872 553sgf
  4. Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
    Open uri20151010 29872 7mi1x4
  5. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.
    Open uri20151010 29872 10j3udj

Leave a comment