Cendol

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi daripada emak.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Sedikit pewarna hijau (jika suka)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat.
  2. Kacau selalu supaya tidak hangit.
  3. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
  4. Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.
  5. Kalau tiada acuan muruku, tekan di atas senduk yang berlubang.
  6. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Leave a comment