Coklat Chip Muffin

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi Nigella yang popular itu.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm cip coklat
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. Gaul bahan basah dalam mangkuk lain dan masukkan campuran bahan kering tadi. Gaul rata, masukkan coklat, gaul lagi.
  3. Letak dalam acuan kertas, tabur coklat lagi jika suka. Bakar selama 20 minit.

Leave a comment