Apam Comel Inti kelapa

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Variasi apam.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tepung kek
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar/UHT
  • 3 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Inti Kelapa:
  • Kelapa parut
  • Gula merah
  • 1 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan 1 sudu besar air
  • 2 helai daun pandan - pintal

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  2. Pukul dengan menggunakan pengadun pada kelajuan maksima selama 6-8 minit.
  3. Bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  4. Masukkan setiap warna ke dalam beg plastik yang bersih.
  5. Paipkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan.
  6. Masukkan inti kelapa.
    Open uri20151010 29872 1cx1dzk
  7. Paipkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  8. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
  9. Inti Kelapa: Campurkan semua bahan dan masak di atas api kecil sehingga kering/masak.
  10. Untuk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat-bulatkan.
  11. Inti kelapa boleh diganti dengan apa-apa perisa atau jem.
  12. Ini acuan yang biasa saya guna. Acuan lompang & aluminium...kalau boleh, saiz cawan kertas disesuaikan dengan acuan.
    Open uri20151010 29872 1uspxmj

Leave a comment