Lemak Tempoyak Ikan Haruan

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Boleh digantikan dengan ikan merah, tenggiri atau apa saja ikan laut (ikan yang boleh dimakan).


Bahan-bahan diperlukan:

  • 5 - 6 keping potongan ikan haruan
  • 10 biji belimbing buluh, dibelah 2
  • 1/2 cawan isi petai (boleh tambah jika suka)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 camca besar tempoyak
  • 30 tangkai cili padi (bergantung pada tahap kepedasan)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 camca teh garam kasar

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Cuci bersih ikan haruan dengan asam limau dan garam, perap dengan sedikit garam dan kunyit (kurang lebih 30 minit). Panggang hingga sedikit garing. Boleh guna oven atau dipanggang atas bara api (atas bara api lagi sedap).
    Open uri20151010 29872 27kr0v
  2. Dalam lesung batu, tumbuk cili padi, kunyit hidup dan garam kasar hingga lumat. Masukkan tempoyak dan gaul dengan bahan tumbuk hingga rata. Ketepikan.
    Open uri20151010 29872 142teof
  3. Tuang satu cawan air dan ramas kelapa parut. Perah santan pertama dalam satu bekas. Tuang lagi 2 cawan air dan ramas. Perah dalam bekas lain untuk santan no. 2.
  4. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk, santan no.2 dan serai yang dititik. Masak hingga mendidih, gunakan api sederhana, masukkan ikan haruan panggang tadi.
    Open uri20151010 29872 e9wxxa
  5. Bila mendidih, masukkan petai dan biar 1 - 2 minit. Kemudian masukkan belimbing buluh. Kacau perlahan dan gunakan api sederhana saja.
    Open uri20151010 29872 ckgjg6
  6. Akhir sekali tuang santan pekat. Biar mendidih 2 - 3 minit, sambil dikacau perlahan. Rasa kuahnya kalau kurang masin boleh ditambah sedikit garam.
    Open uri20151010 29872 92xsnf

Leave a comment