Kerabu Tauge

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Pucuk-paku pun boleh juga. Resipi daripada suami tersayang, masakan Perak.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Sebungkus tauge (dalam 50 sen kalau di Malaysia)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 7 biji cili padi (dihiris)
  • Seinci belacan (dibakar)
  • Sedikit udang kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 2 sudu makan air perahan lemon/limau
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam & gula secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tauge/pucuk-paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jangan lama sangat, nanti lembik pula.
  2. Kemudian, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Hiris halus bawang merah & cili padi.
  4. Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau hendak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
  5. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam tauge/pucuk-paku. Gaul rata.
  6. Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jangan biarkan kerisik berketul.
  7. Akhir sekali, masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.

Leave a comment