Lemon Grass Chicken Sticks

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Sate ayam yang selamat dipegang oleh kanak-kanak.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 400 gram isi ayam
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji cili merah - cincang halus
  • 3 batang daun ketumbar - dihiris
  • 8 batang serai

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kisar isi ayam bersama telur, lada hitam dan garam. Kemudian masukkan cili merah dan daun ketumbar dan gaul rata. Sejukkan dalam peti ais seketika.
    Open uri20151010 29872 a36yih
  2. Sementara itu bersihkan dan basuh batang serai.
    Open uri20151010 29872 1h11fxe
  3. Kepalkan isi ayam pada batang serai untuk melicinkan permukaannya, basahkan tangan dan kepal-kepalkan isi ayam. Sapukan sedikit minyak di atasnya.
    Open uri20151010 29872 sh218
  4. Pilihan 1: Bakar dalam pembakar snek selama 5 minit.
    Open uri20151010 29872 1a85voo
  5. Pilihan 2: Bakar dalam oven, suhu 170 darjah selama 20 minit.
    Open uri20151010 29872 1tmiyhh
  6. Hidangkan dengan sos. Saya jadikan lauk untuk anak dan daging burger. Rasanya seperti makan bebola ayam.

Leave a comment