Pai Tee

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Versi sendiri.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Kulit Pai:
  • 1/2 cawan tepung beras - guna cawan penyukat (bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
  • 125 ml air
  • 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Acuan pai tee
  • Inti:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 30 gram udang kering - rendam dan tumbuk halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sayuran potong memanjang /parut:
  • - 1 batang lobak merah
  • - 1 biji sengkuang
  • - 1 batang timun
  • ********
  • 1/4 cawan kacang tanah (bakar dalam oven)
  • Sos pencicah

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kulit Pai: Satukan semua bahan-bahan (tepung beras, air, kapur, telur dan garam) dan gaul hingga sebati.
  2. Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
    Open uri20151010 29872 138zand
  3. Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai. Jangan sampai penuh, tinggalkan sedikit ruang di atasnya.
    Open uri20151010 29872 462sih
  4. Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
    Open uri20151010 29872 cgfeli
  5. Biarkan seketika. Jangan keluarkan sampai ia agak masak, jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garpu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat. Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
    Open uri20151010 29872 1tty47y
  6. Inti: Tumis bawang putih dan bawang besar. Bila garing, masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
  7. Masukkan lobak merah, sengkuang dan timun. Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
    Open uri20151010 29872 1hjsum6
  8. Tabur sedikit kacang tanah ke atasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.

Leave a comment