Pulut Durian

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi bermusim. Mudah dan mengenyangkan.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan beras pulut (direndam lebih kurang 3 jam)
  • 1 cawan pati santan
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Buah durian
  • Gula pasir (untuk ditabur, jika suka)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tos beras pulut yang direndam, kemudian kukus sehingga masak.
    Open uri20151010 29872 13wcqq2
  2. Untuk santannya: masak santan bersama air, daun pandan dan garam. Kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih.
    Open uri20151010 29872 12u2lwl
  3. Siap. Boleh dihidang. Cara nak makan: pulut digaul dengan santan, isi durian dan sedikit gula.
    Open uri20151010 29872 x9jph1

Leave a comment