Strawberry Mousse

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Boleh ganti dengan apa saja buah yang sesuai.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 10g (2 sudu) gelatin
  • 100ml air panas
  • 200g strawberi
  • 70g gula
  • 200ml krim segar/krim putar
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan ketuhar.
  2. Buang tangkai strawberi. Dengan pengadun/pengisar, kisar strawberi, gula dan krim sehingga semua sebati.
  3. Masukkan pula gelatin dan jus lemon. Kacau sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.

Leave a comment