Bagels

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi dari buku yang baru dibeli. Home Collection BREAKFAST.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 15gm yis
  • 2 sudu makan minyak masak (ikut jenama yang diguna)
  • 2 sudu teh garam
  • 50 gm gula kastor
  • 500 gm tepung roti (tepung gandum pun boleh)
  • 250 ml air suam
  • 1 biji telur untuk sapuan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Satukan yis + air suam dan masukkan minyak.
  2. Satukan tepung, gula dan garam. Kemudian, buat lubang di tengah-tengah dan masukkan bancuhan no.1 tadi. Ulilah tepung lebih kurang 10 minit. Setelah itu, tutup dengan kain lembap dan biarkan naik 2 kali ganda. ***Kalau ada mesin, masukkan saja semuanya dan pilih tetapan untuk doh.
  3. Setelah doh naik 2 kali ganda, uli lagi dan bentukkan doh menjadi bulat dan lubangkan di tengah-tengah macam buat donut. Kemudian letakkan di atas loyang yang telah ditabur dengan tepung dan tutup dengan kain lembap untuk dibiarkan naik kali kedua. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 200C/gas 6.
    Open uri20151010 29872 1uw9ukc
  4. Panaskan air dalam periuk dan kemudian masak bagel tadi dalam air selama 1 minit. Setelah itu, biarkan sejuk lebih kurang 5 minit.
    Open uri20151010 29872 1wpsflv
  5. Sapu bagel dengan telur yang telah dipukul. Bakar selama lebih kurang 20-25 minit atau sampai kekuningan. *** Bagel yang telah disapu dengan telur boleh juga ditaburkan dengan biji poppi atau bijan sebelum dibakar.
    Open uri20151010 29872 1ov73oh

Leave a comment