CRUNCHY CARAMEL ALMOND

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Beli semalam kat Petronas, RM27 sebalang. Sedap gek. Google2, jumpa resepi dia kat http://ibtisammawaddah.blogspot.com/2013/06/caramel-almond-cookies-yang-rangup.html.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 gm tepung Florenta
  • 250 Kekacang (kepingan badam, biji kuaci, biji labu, ape2 lah yang kita suka, aa... walnut pun bes gak kan)
  • *resepi tuannya yang asal (campuran 150 gm badam, 50 gm biji labu, 40 gm biji kuaci & 10 gm biji bijan hitam)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Satukan semua bahan kekacang
  2. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 5 minit (ni untuk merangupkan bahan2 kekacang, hati2 jangan terhangus sebab nanti jadik pahit)
  3. Satukan semua bahan (kekacang dan tepung) dalam satu bekas dan gaul rata2 hingga semua bersalut sempurna dengan tepung). Sebaiknya kekacang dalam keadaan masih panas
  4. Sediakan loyang empat segi alas dengan kertas minyak.
  5. Tuangkan adunan dalam loyang, ratakan nipis2, kmdn bakar dalam oven (160C) selama 10 minit
  6. Keluar je dari oven, panas2 lagi, terus potong (guna pemotong pizza lagi senang)
  7. Siap, simpan dalam tupperware, jap lagi boleh krup krap depan tv

Leave a comment