Lompat Tikam Kelantan

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Ini lompat tikam versi emak mertua.


Bahan-bahan diperlukan:

  • A: Tepung Hijau
  • 250gm tepung beras
  • 700ml santan cair
  • Secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
  • Secubit garam
  • Sedikit pes pandan/pewarna hijau
  • B: Santan Pekat
  • 1500ml santan pekat
  • 80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
  • Secubit garam
  • C: Pulut Merah
  • 1 cawan pulut
  • 1 cawan santan cair
  • Sedikit pewarna merah
  • D: Air Gula
  • 300gm gula melaka
  • 3 cawan air
  • Sehelai daun pandan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campur kesemua bahan A dan tapis.
  2. Masak atas api hingga pekat.
  3. Saya masuk dalam ketuhar tapi kena sentiasa dikacau setiap 2 minit.
    Data
  4. Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) >>> (saya guna ketuhar sebab lebih cepat).
    Data
  5. Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah.
    Open uri20151010 29872 1xi38rk
  6. Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
    Data
  7. Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap darinya dan curahkan air gula secukupnya :)

Leave a comment