Thai Green Curry

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Dari buku masakan Sedapnyaaa (Chef Wan), tapi telah diolah sedikit. Memang sedap makan dengan nasi hangat.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam, potong ikut suka, perap dengan asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan
  • 300 ml pati santan
  • 1- 2 cawan terung pipit
  • 15 biji cili padi Thai, belah dua
  • 4 - 5 tangkai daun selasih (Thai basil)
  • Bahan Kisar Halus (Rempah):
  • 10 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 inci halia
  • 3 pokok ketumbar, dicuci bersih dengan akar sekali
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 camca besar ketumbar biji
  • 2 camca besar jintan kasar biji
  • 1 camca teh lada putih biji
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • Bahan Lain:
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 3 biji limau kasturi, diambil jusnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 1/2 cawan). Tumis bahan-bahan rempah hingga wangi dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata bersama rempah tadi, biar ayam kecut sedikit dan masukkan air (kurang lebih 700ml). Renihkan hingga ayam 3/4 empuk, masukkan terung pipit. Masukkan pati santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Akhir sekali masukkan cili padi, daun selasih dan jus limau kasturi tadi. Kacau perlahan-lahan hingga hingga kuah agak pekat dan boleh dihidangkan. Gambar: Rupa terung pipit yang diguna dalam resipi ni.
    Open uri20151010 29872 uhhpsi
  4. Yang ni pulak gambar pokok terung pipit tu. Tengah gila berbuah sekarang ni =)
    Open uri20151010 29872 1nqdap5

Leave a comment