Soto Ayam

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga ataupun tetamu yang berkunjung. Jangan lupa bergedilnya.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • Lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan Kisar:
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan Sambal Kicap:
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan:
  • Bergedil
  • Tauge yang telah dicelur
  • Daun sup, dipotong halus
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap
  • Ayam, yang telah disiat-siat

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkuas yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Sambal Kicap: Kesemua bahan itu masukkan ke dalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Menghidang: Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama tauge dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

Leave a comment