kaswi pandan lemak kakbesah

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

sje nk kongsi kuih yg mudah nih, sdp..lemak dan wangi daun pandan. sudi2kan lah menerai yer...hehe


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung ubi kayu
  • 1 cwn santan (x pyh pekat2 sgt..)
  • 1 1/2 cwn air perahan daun pandan (3 helai)
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1/2 sudu teh AIR kapur sireh
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 bj telur (xkira saiz)- boleh diabaikan
  • beberapa titik pewarna hijau.
  • secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. kacau sebati tepung2 & gula bersama air pandan & telur. pastu campurkan kesemua bhn2 lain. kacau hingga tidak bergentel. kalau ditapis lagi bagus!
  2. seterusnye, masukkan adunan ke dlm loyang yg tlh disapu sedikit minyak. jgn lah tebal sangat, dlm 3 cm cukup. pastu kukus lah hingga masak.. dlm 20-25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sbelum mengadun adunan.)
  3. bila kaswi dah sejuk, bleh la dipotong & digolekkan dlm kelapa parut yg tlh dicampur dgn secubit garam. di rmh ni bdk2 xsuke mkn ngn kelapa parut.. tp ok jer..coz kaswi ni dah lemak rasenyer..hehe..
    Open uri20151010 29872 izdfcq

Leave a comment