Kuih Bom

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Sedap dimakan untuk minum petang.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 50 - 60gm bijan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bahan-bahan doh:
  • 200-240gm tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 190-200ml air
  • Sedikit garam
  • Bahan-bahan inti kelapa:
  • 60g gula melaka/gula merah
  • 20g gula pasir
  • 50ml air
  • 1/2 biji kelapa parut

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut.
  2. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut.
  3. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering.
    Open uri20151010 29872 9gq7zy
  4. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam.
  5. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air - uli menjadi doh.
  6. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit.
  7. Bubuh inti di tengahnya dan tangkupkan semula.
    Open uri20151010 29872 1hi5on4
  8. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat.
    Open uri20151010 29872 z1f5ap
  9. Masukkan minyak yang banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan.
  10. Dan siap untuk dimakan.
  11. Petua kuih bom tak meletup dan tak merekah: 1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam 2. Minyak jangan terlalu panas 3. Jangan menggoreng terlalu lama 4. Terus menggoreng selepas siap dibuat - jangan dibiarkan pada suhu bilik

Leave a comment