Apam pisang perisa coklat

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

ubahsuai dari resepi noorana@myresepi.com


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 biji telur gred C
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 2 sudu besar serbuk coklat*
  • bahan bertanda* diayak dahulu
  • sedikit garam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 8 biji pisang 40hari / 12 biji pisang lemak manis (dilenyek)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Bahan-bahan yang sudah diayak dimasukkan ke dalam mangkuk kemudian masukkan telur yang sudah dipukul.
  3. Masukkan garam, gula dan minyak masak dan gaul rata.
  4. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul hingga sebati.
  5. Biarkan seketika dalam 10 minit. Panaskan pengukus.
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak dan kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.

Leave a comment