Kuih Ketayap / Gulung

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Sedap untuk makan petang ni. Satu lagi resipi mama.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Kulit:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dengan susu segar)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Inti: Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Kulit: Kelapa parut tadi dikisar dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika guna santan segera, hanya kisar dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk, letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah dikisar dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika nak warna asal ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  3. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung: lipat kedua-dua tepi sedikit dan gulung melintang. Ulangi sehingga adunan tadi habis). Siap untuk disantap.

Leave a comment