Lempeng Arab

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Smoothies
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Lempeng sarapan pagi orang-orang Arab.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar yogurt segar
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • 2 biji bawang besar dicincang halus-halus
  • Keju feta
  • 2 biji telur dipukul

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan - tepung, yogurt, susu, minyak zaitun, garam dan sedikit air. Kacau sehingga sebati - buat seperti nak buat lempeng jangan terlampau cair sangat.
  2. Panaskan kuali - letak 1/2 sudu mentega kemudian ambil sesenduk kemudian letak di dalam kuali. Tebarkan kuali agar tepung tadi leper. Setelah tu letak bawang, keju feta 1-2 inci dan 2 sudu besar telur di atasnya.
    Open uri20151010 29872 15zpf6z
  3. Kemudian lipat lempeng menjadi separuh bulatan, dan lepas tu lipat lagi menjadi suku. Kemudian angkat. Ulangi sehingga adunan lempeng tu habis. Siap untuk disantap. Sedap ni.
    Open uri20151010 29872 1vp1ic8
  4. Keju feta.
    Open uri20151010 29872 1sow51r

Leave a comment