Kuih Cara Berlauk/Manis

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Seronok bila menjadi....tapi kalau melekat di acuan...mula berpeluh-peluh.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Inti Daging:
  • 2 cawan daging kisar
  • 1 camca besar rempah daging (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 labu bawang besar *
  • Sedikit daun bawang/sup*
  • *Dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
  • Adunan Kuih:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan
  • 1 butir telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumis rempah hingga naik minyak.
  2. Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
  4. Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
  5. Untuk menyediakan adunan kuih, pukul telur + garam.
  6. Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  7. Kalau berketul, terpaksalah tapis dulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
  8. Kalau guna pengisar lagi senang.
  9. Cara memasak: Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  10. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  11. Masukkan satu sudu inti daging.
  12. Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi adunan supaya kuih nampak kemas.
  13. Tutup hingga kuih masak. Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.
  14. Untuk kuih cara manis, tuangkan adunan penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

Leave a comment