Pai Epal

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi sendiri. Kali pertama buat pai tak cantik sangat tapi rasanya macam pai di McDonalds.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Lapisan bawah:
  • 3 cawan tepung roti/gandum
  • 2 cawan mentega
  • 4 sudu besar air suam
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 2 kuning telur (dipukul)
  • Inti:
  • 4/5 biji buah epal (potong nipis)
  • 2 sudu besar serbuk kayu manis
  • 2 sudu besar gula (masak dengan epal)
  • 2 sudu besar gula (karamel)
  • 1 sudu besar gula (tabur atas epal)
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 sudu besar mentega (tabur atas epal)
  • 1/2 cawan mentega (karamel)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campur semua bahan untuk membuat lapisan bawah sehingga menjadi doh. Balut dengan pembalut dan letak dalam peti ais sementara membuat inti.
    Open uri20151010 29872 kstum6
  2. Masak gula dengan mentega untuk karamel. Setelah cair, masukkan susu segar. Kemudian masukkan epal yang telah digaul dengan serbuk kayu manis terlebih dahulu. Masak selama 5 minit @ cukup sehingga epal empuk.
  3. Panaskan oven.
  4. Keluarkan doh tadi dan potong dua bahagian. Kemudian, canai setiap bahagian nipis-nipis (ikut besar acuan).
  5. Masukkan doh ke dalam acuan. Kemudian, tuangkan epal karamel tadi. Taburkan gula di atas epal diikuti mentega.
    Open uri20151010 29872 1gggp58
  6. Akhir sekali, letak doh satu lagi untuk menutup epal. Cucuk doh dengan garpu. Tutup atas pai dengan lapisan aluminium. Bakar 30 minit @ 210 darjah.
    Open uri20151010 29872 1rxb2el
  7. Inilah rupanya bila dah masak. Lebih cantik jika disapu kuning telur. (Saya lupa nak sapu kuning telur di atasnya!). Selamat mencuba.
    Open uri20151010 29872 3lcdv4

Leave a comment