Roti Pita

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Pita bread / roti pita


Bahan-bahan diperlukan:

  • 200g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 150g air
  • 5g gula
  • 5g garam
  • 15g minyak zaitun/minyak masak
  • 2.5g yis kering

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
  2. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambil satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
  4. Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 darjah selama 4 minit.
  5. *** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sikit.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.

Leave a comment