Kek Coklat Tanpa Telur (super moist)

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Dah ramai yg mencuba resepi ni. Kali ni nak kongsikan di sini pulak. Selamat mencuba!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran. Contoh gambar kek yg menggunakan muffin cup.
    Open uri20151010 29872 snss06
  7. Untuk rujukan lanjut, sila ke DapurKu SaYang. Trm ksh. http://dayangjack.blogspot.com/2011/04/super-moist-eggless-chocolate-cake.html atau http://dayangjack.blogspot.com/2011/04/super-moist-eggless-chocolate.html
  8. **Jika menggunakan loyang bsr, sila gandakan adunan atau buat 1 1/2 adunan. tq

Leave a comment