Puding Roti Berkismis

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Enak dimakan bersama ice-cream


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 ml susu segar
  • 8 keping roti
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 4 sudu besar mentega
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar kismis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan ke dalam loyang.
  3. Taburkan kismis di atas adunan tadi.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  5. Hidangkan bersama ice-cream vanilla.

Leave a comment