Apple Cake

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Kek epal mudah.. sesuai untuk minum petang.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml krim segar/krim putar
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam ketuhar. Panaskan selama 3 minit.
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan krim segar. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yang keluar dari epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C.

Leave a comment