Cakoi

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 1 Jam 15 Minit
Hidangan: 1 Orang

"you tiao" in mandarin, dalam cantonese "yao za guai", hokkien pula "yu ca koi". Resepi mak (nasib baik mak belum pandai nak main internet lagi). Boleh tambah jus bawang putih kalau suka.

Bahan-bahan diperlukan:

• 1 cawan air
• 2 cawan tepung roti
• ¼ sudu kecil instant yeast
• 1 sudu kecil gula
• 1 sudu kecil garam
• ¾ sudu kecil tawas (alum)
• ½ sudu kecil baking soda
• ½ sudu kecil ammonia atau Nutre Powder (untuk menghasilkan cakoi yang lebih ranggup. Sekiranya tiada pun boleh sebab susah nak cari ammonia)
• 1 sudu besar minyak
• Minyak untnk menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker.

Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dengan kain atau plastic wrap, biar naik dalam suhu bilik selama 45 minit.
2. Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm seperti dlm gambar, biar rehat selama 10-15 minit lagi.
Open uri20151010 29872 ocka7z
3. Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dengan api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dengan mengunakan lidi sate seperti dalam gambar.
Open uri20151010 29872 1bhnkba
4. Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah-tengah dengan lidi sate.
Open uri20151010 29872 6rzgtt
5. Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul kat permukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.
6. Ini gambar cakoi yang telah siap digoreng.
Open uri20151010 29872 1rrvvlo
7. note:

Doh ini agak lembut, kena taburkan tepung banyak.

Doh yg betul-betul naik, senang ditarik.

Boleh buat saiz besar sikit jika guna kuali yg besar. Saiz yang saya buat ini agak kecil sebab guna periuk kecil untuk menggoreng.

Leave a comment