Kerepek pisang

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

saje nak share resepi ni sebab baru petang tadi buat, siap pack nak jual kat sekolah..hehehe...


Bahan-bahan diperlukan:

  • pisang nipah yg dah agak-agak tua(ikut suka la kuantitinya)
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam dan gula sebagai perasa ( larutkan kedua dalam air suam)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. panaskan minyak
  2. masukkan sedikit serbuk kunyit dalam minyak( untuk naikkan seri kerepek nanti)
  3. bila minyak dah agak panas. sagat pisang yang telah dikupas kulitnya terus dalam minyak supaya tak melekat antara satu sama lain..
    Open uri20151010 29872 3scwe
  4. masukkan 1 atau 2 sudu air garam + gula tadi
  5. goreng la sampai masak, then angkat dan toskan...boleh la rasa masin manisnyer..kalau tawar tambah lg sukatan gula n garamnya..
    Open uri20151010 29872 i0zare
  6. selamat mencuba
    Open uri20151010 29872 lyvc8m

Leave a comment