Dalca Daging

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Ambil dari buku masakan.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 200gm kacang dal - direbus
  • 200gm daging lembu - dihiris
  • 2 biji terung bulat - dipotong kecil
  • 2 biji lobak merah - dipotong kecil
  • 2 biji kentang
  • 10 batang kacang panjang - dipotong
  • 50gm serbuk kari daging + sedikit air
  • 4 cawan santan
  • Sedikit daun kari
  • Minyak masak dan garam
  • Bahan tumisan:
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 biji bawang besar - dikisar

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
  3. Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
  4. Akhir sekali, masukkan kacang dal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.

Leave a comment