Donut Ubi Kentang

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resipi dari Mak Lang


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 Biji Ubi kentang (direbus dan dilenyek)
  • 4 Cawan Tepung Gandum (diayak 2 kali)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu teh yis segera
  • sedikit garam
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar planta
  • 1/2 cawan gula pasir

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
  2. Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
  3. Gaulkan Tepung gandum, Planta, Gula, Garam, Susu tepung, Susu Pekat manis dan Yis bersama air dan juga kentang lenyek tadi
  4. Uli sehingga tepung menjadi doh
  5. Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik. Perapkan lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi bagus.
  6. setelah doh tadi naik, ambil acuan donut dan tekapkan pada tepung tadi.....
  7. Goreng sampai nampak kekuning-kuningan......taburkan gula icing (gula yang telah dikisar halus)
  8. hiaskan diatas pinggan....... selamat mencuba

Leave a comment