Coffee Cheesecake Stick

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Bau harum kek keju ni semasa dibakar boleh membuatkan jiran-jiran anda tertanya-tanya ;)


Bahan-bahan diperlukan:

  • 210g krim keju
  • 45g mentega
  • 60g gula halus
  • 3 biji telur kuning
  • 6 sudu besar krim segar/krim putar
  • 6 sudu kecil tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk kopi segera
  • *75g mentega - dicairkan
  • *3 sudu besar <a href="http://myresipi.com/top/glossary/73" rel="nofollow">coconut flake</a>
  • *150g biskut

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kisar biskut. Kemudian campurkan dengan mentega cair dan 'coconut flake'. Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biar padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga hendak digunakan.
  2. Biarkan krim keju, mentega dan telur dalam suhu bilik.
  3. Pukul krim keju dan mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan pula kuning telur -&gt; krim segar-&gt; tepung jagung. Masukkan bahan ikut turutan sambil dikacau.
  5. Akhir sekali masukkanlah kopi segera. Kacau lagi.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.
  7. Bila dah siap, sejukkan lebih kurang 1-2 jam. Kemudian potonglah dengan lebar 1.5cm.
  8. NOTA: Untuk dapat rasa yang sedap, simpan dulu semalaman sebelum dimakan. Telur putih yang tak digunakan dalam resipi ni, boleh diguna utk resipi <a href="http://myresipi.com/top/detail/1296" rel="nofollow">Peanut almond stick</a>

Leave a comment