Makaroni Bakar

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Boleh menggunakan pelbagai jenis "pasta".


Bahan-bahan diperlukan:

  • 200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak
  • 300 g udang hidup, dibersihkan
  • 1 tangkai cili merah, dihiris
  • 1 tangkai cili hijau, dihiris
  • 50 g cendawan butang, dihiris nipis
  • 100 g parutan keju cheddar
  • 1/2 cawan potongan daun kucai
  • Bahan Kastad:-
  • 5 biji telur gred A
  • 200 ml susu cair
  • 2 camca besar mentega cair
  • 2 camca teh tepung gandum
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh garam
  • 1 camca teh serbuk lada sulah

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Dalam bekas besar, satukan semua bahan kecuali bahan untuk kastard. Gaul rata dan ketepikan.
    Open uri20151010 29872 1b5rnce
  2. Dalam bekas lain, satukan bahan kastad dan kacau rata menggunakan pemukul.
    Open uri20151010 29872 lzzdb0
  3. Satukan kastad ke dalam No.1. Gaul rata dan isikan ke dalam acuan muffin berlubang 12 (berisipadu 1/2 cawan setiap satu lubang) yang telah disapu dengan mentega. Isi hingga penuh. Bakar 20 minit pada suhu 180C. Hidangkan bersama sos cili.
    Open uri20151010 29872 y5ncgk

Leave a comment