Simple Strawberry Rare Cheesecake

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Campur je. Senang sangat.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 200gm strawberi
  • @ 250gm krim keju (biarkan lembut pada suhu bilik)
  • @ 200gm krim segar
  • @ 5 sudu besar susu segar
  • @ 50gm gula
  • @ 1/2 sudu besar jus lemon
  • # 10gm gelatin
  • # 50cc air panas
  • Untuk hiasan -- strawberi, krim putar

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buang kelopak hijau dan bersihkan strawberi.
  2. Masukkan semua bahan bertanda @ ke dalam mesin memproses makanan atau pun pengisar. Kisar sampai semua hancur.
  3. Campur bahan bertanda # dan kacau sampai gelatin cair. Masukkan ke dalam 2. Kisar lagi sekejap.
  4. Tuang ke dalam bekas kecil dan sejukkan di dalam peti ais sehingga keras.
  5. Bolehlah hiaskan sebelum dihidangkan.

Leave a comment