KEK YOGURT

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi saya ambil dari All Recipe. Kek ni mmg halus & lembut. Blh disediakan dlm masa 1 jam 20 min.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan margerin/butter
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 8oz yogurt (gunakan yg kurang/tanpa gula) ~saya gunakan sukatan 1 cawan~
  • 1 sudu kecil lemon extract

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan oven pada suhu 165. Griskan loyang dengan butter & taburkan tepung. Ketuk utk mengeluarkan lebihan tepung.
  2. Pukul gula & margerin hingga ringan. Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi. Masukkan pula extract lemon.
  3. Masukkan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul hingga sebati.
  4. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.
  5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang :)

Leave a comment