Kek Chiffon Pandan

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resepi dari mak saya..Insya-Allah, sedap... Gambar daripada laporan masakan oleh umi_e.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Bahan A:
  • 6 biji kuning telur
  • 2/3 cawan minyak Mazola
  • 2/3 cawan santan dari ½ biji kelapa
  • ½ sudu teh garam
  • 1 cawan gula pasir
  • Pewarna hijau (pandan)-banyak mana ikut suka
  • 2 cawan tepung diayak bersama 2 sudu teh serbuk penaik
  • Bahan B:
  • 6 biji putih telur
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 1 penutup krim tartar

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bahan (A): 1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau (tak perlu kembang, sebati je dah cukup). 2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan. Kacau. 3. Masukkan tepung (yang telah diayak bersama serbuk penaik). 4.Ketepikan.
  2. Bahan (B): 1. Pukul putih telur sehingga menjadi buih sabun. 2. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang. 3. Masukkan krim tartar. Pukul lagi hingga jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  3. Akhir sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A dan bakar.

Leave a comment