Tat Telur

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

mudah aje


Bahan-bahan diperlukan:

  • PASTRI:
  • 200g mentega
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • INTI:
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna kuning

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10 minit pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan inti. Bakar lagi 10 minit.
  7. Untuk inti: campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Leave a comment