Puding Triffle (Resepi Turun Temurun) kononnye la...ngggee..

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Nama pudding ni mmg pnjg sbb xtau nama sebenar puding ni so main letak je nama..tp yg pasti mmg sedap terutama dimakan sejuk..& senang jgk nk buat..thanx utk makchaq yg bg resepi ni! Resepi WAJIB tiap kali raye..Smua rumah aunt2 hidang triffle nih..;)


Bahan-bahan diperlukan:

  • Kek secukupnya (butter/marbel ikut citarasa masing2) -utk disusun sbgai lapisan bawah puding.
  • 3 sudu besar Tepung kastard
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 cawan air
  • 1 tin Susu Cair Ideal (blh guna brand lain,tp brand Ideal lebih sedap)
  • 1 tin Buah2an dlm tin/fruit in syrup (peach@buah2an cmpuran) toskan & ketepikan airnya
  • 1 bungkus Jelly/Agar2 perisa strawberry (cap Nona)
  • 1 cawan air untuk larutkan Jelly

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bancuhkan tepung kastard bersama satu cawan air,kacau sampai larut. (jgn biar berketul)
  2. Masukkan bancuhan tadi ke dlm periuk,masukkan gula,1 tin susu cair dan air sirap dari buah2an dlm tin. Kemudian panaskan di atas api sederhana.
  3. Kacau selalu sehingga pekat & likat. Setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disusun kek. (**kek dihiris nipis & disusun dalam bekas puding @ mangkuk kecil)
  4. Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun tadi.
  5. Setelah itu,bolehlah susun buah-buahan dalam tin di atas adunan kastard.
  6. Akhir sekali bancuhkan Jelly bersama 1 cawan air dan larutkan (**atau ikut cara2 melarutkan jelly di belakang bungkusan). Setelah larut,tuangkan ke atas buah-buahan yang disusun sehingga menutupi buah yg disusun. Masukkan dalam petisejuk selama 2jam dan hidangkan sejuk..Selamat mencuba.

Leave a comment