nangka muda masak lemak cili api

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

masakan negeri sembilan


Bahan-bahan diperlukan:

  • 7 ketul Ayam
  • 5 biji cili padi (kisar)
  • nangka muda
  • santan rm 1.00
  • 3 bawang merah (kisar)
  • 2bawang putih (kisar)
  • 1 sdk kunyit
  • halia 1/2 inci
  • garam
  • 2 btg serai ( ketuk)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus nangka muda selama 15 minit. Angkat dan toskan
  2. Blender cili padi, bawang merah, bawang putih, halia hingga hancur
  3. Masukkan ke dalam periuk bahan yang dimesin, ayam, santan, kunyit.
  4. buka api perlahan dan masak.
  5. Bila dah menggelegak masukkan nangka dan serai
  6. Perasakan dengan garam.
  7. tips: Nangka direbus supaya menghilangkan getah. Kalau nangka muda rebus lama sedikit supaya ia lembut. Jika mahu rasa enak lagi bahan yang dimesin lebih elok ditumbuk sahaja. Lagi sodap. Bila mula masak kacau selalu kuah supaya tidak berketul-ketul.

Leave a comment