Salmon Steak Dengan Sos Putih

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Senang nak masak ni... sos boleh diguna untuk ayam, pasta dan lain-lain. Ini masakan Perancis yang ada ciri-ciri Asia sebab ada nasi.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sangat, saya beli terlalu besar)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • *1 cawan kentang lenyek atau nasi putih (saya guna nasi Jepun, tanpa cuka) - bagi yang suka makan nasi, masak lah lebih sikit
  • Bahan-bahan untuk sos:
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herba lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sediakan sos dulu: Panaskan marjerin dalam periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan-bahan lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  2. Ikan disalut dengan garam dan lada hitam. Gorengkan dengan minyak zaitun sehingga perang/masak.
  3. Letak 1/2 nasi di dalam pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
  4. Bahan-bahan lain ikut citarasa masing-masing, yang pentingnya adalah sos putih.

Leave a comment